Tuesday, November 20, 2007

Mengenali Perkakasan komputer

Gambar di atas adalah bahagian perkakasan luaran





Gambar di atas adalah gambar perkakasan dalaman

Komputer terbahagi kepada dua kategori, yang pertama ialah Perkakasan atau Hardware dan yang kedua ialah Perisian atau Software. Perkakasan Komputer tampa perisian tidak boleh berfungsi begitu jugalah sebaliknya. Perkakasan komputer pula terbahagi kepada dua bahagian, barangan dalaman dan barangan luaran. Contohnya Papan Induk atau Mother Board terletak didalam bahagian komputer, tidak boleh dilihat dari luar kecuali jika anda membuka peti komputer atau casing tersebut. Papan Kekunci atau Keyboard pula ialah barangan yang dipasang dan terletak dibahagian luar komputer. Barangan dalaman boleh di katakan keseluruohannya adalah yang paling sensitif dan mudah rosak jika disalah gunakan.
Diatas ada saya sertakan gambar-gambar perkakasan komputer dengan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian luaran dan diikuti dengan barangan dalamannya pula. Satelah anda saksikan barangan-barangan tersebut, saya yakin anda akan dapat memahami dengan lebih baik lagi dari segi nama-nama teknikalnya dan dapat melihat sendiri bagaimamakah yang di katakan Papan Induk itu dan begitulah juga dengan lain-lain barangan saperti chip ingatan atau memori, Unit Penyelengaraan Pusat komputer (CPU) dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan barangan luarannya pula, boleh dikatakan tidaklah menjadi hairan bagi kita semua sebab saya percaya anda semua sudah selalu melihat komputer disana sini. Komputer terdapat dipejabat, disekolah, dikedai-kedai dan juga dirumah. Tidaklah hairan jika ada diantara anda pula yang pernah mengunakan komputer tetapi tidak pernah melihat barangan-barangannya yang terletak dibahagian dalamnya. Seterusnya anda akan berpeluang pula melihat dengan lebeh dekat lagi bagaimanakah kelihatan pemandangan dibahagian dalam dan juga di bahagian belakang peti komputer.
Di sini saya telah menyiapkan satu video basic bagaimana cara pemasangan komputer dilakukan secara berperingkat .

Jika anda ingin belajar bagimana memasang komputer secara sendiri anda boleh dapati video cara memasang komputer peribadi di >> http://www.komputer.net.my/ >> klick Untuk Menjadi Rakan Niaga

Download contoh >>> www.savefile.com/files/1307906 >> untuk melihat dengan lebih jelas video yang telah saya bangunkan .

Contoh movie bagaimana memasang komputer peribadi

1 comment:

asal usul wallpaper bliss said...

wah lengkap juga artikel ttg hardware komputer nya, berikut video dan gambar juga. hehe..

trims atas infonya